Sunday, December 31, 2017

DAY 9: BANDUNG MENDUNG

Hari ke-9 dekat Tanah Jawa.

So pagi ni kena pergi balik dekat stesyen train Bandung tu. Pagi ni aku naik grab motor pergi stesyen sana. Sampai sana jumpa contact balik mas ridhwan nak jumpa lah kan. Then jumpa dia bincang2 pasal record cctv tu. So dia dh cut dah part pencopet tu ambik beg tu. Memang obvious dalam video tu mamat tu tak tidur langsung dari aku duduk sampai dia chow. Dia ulang alik depan belakang, then sebelah dia ada lagi seorang tua sikit pun kedepan belakang, tapi dia tidur. Pastu bila ada guard lalu, dia ke pantri blkg, minum kopi lah kot. Lama-lama dlm record tu, nampak dia ke tempat belakang seat aku, before tu kt sebelah (seat aku sebelah tingkap) then dia cilok beg tu dari bawah seat slow2, (dlm cctv nmpk dia lowered body, tapi x nnmpk dia pegang beg tu). Pastu dia ambik beg sandang dia kt atas, memang obvious beg tu kosong, mcm leper je, then masa dia dgn mmber dia blah beg tu nmpk bulky, so memang obvious sgt. Pastu aku dgn mas ridhwan pun tunjuk kt officer kt sana, then dia tengok balik nama yg duduk seat tu, tengok2 ada pasangan suami isteri, bukan 2 lelaki yg dlm record tu, bila call, yg jawab tu kata diorang duduk kat bandung, and yg jawab perempuan, so kitorang semua pun agree yg mamat pencopet tu pakai identiti palsu. So aku pun ok time tu, takdelah sedih sgt, sebab dh nmpk bukti kan. Then bincang dengan polis kat sana, mcm mana ni boleh tangkap ke, then diorang kata kena contact dgn polis kt sana, which is kt Kroya nama tempat tu tak silap, so aku pun contact2, dia ckp procedure dia lama, tapi dia akan try uruskan. Muka memang dh jelas dh, so record tu hantar kt balai sana pulak. 





kat kantor pegawai stesyen, time ni tengah call passenger asal kat seat tu






Mas ridhwan tanya aku ada pendrive ke tak kan nk transfer record tu, aku kata takdalah dh semua brg hilang hahhaa, then dia kata transfer google drive je nanti, ok. So lepas dh settle tu agak sampai petang ke malam jugaklah, then pergi Indomaret nak beli tiket train ke Jakarta esok pagi punya. Time tu hujan lebat, jalan banjir kt situ, terpaksa redah ajaa. So sampai kt indomaret (7eleven kt indonesia) beli tiket kt mesin dia, canggih woo semua indomaret ada mesin nk beli tiket train. Then beli aiskrim spongebob(x de rupa spongebob langsung hahahah) dengan maggi cup 6 pax hahhaha nk jimat punya pasal :')) Pastu nk balik hostel naik grab motor. Bukak apps, banyak kali kena reject, sebab hujan, jalan jam teruks. Sumpah sini kalau hujan macet dia lain macam boi, dengan motor lagi banyak dari kereta, lagi sumpah gg. Last2 lepas sejam dpt gak naik grab motor tu, then ride dlm basah lah :'))


otw balik hostel hujan lebat
aiskrim spongebob huhuhu

Dah sampai hostel, tengok jam rasa macam awal lagi pulak. So mandi siap2 jalan2 ah sikit kat Bandung ni tengok apa yang best (time ni dah tak rasa sedih dah hahaha), yelah bila lagi nak jalan kan, esok nak gerak Jakarta dah. Katanya Bandung ni syurga shopping, so tu yg aku nk tengok tu betul ke tak. (nk pergi kawah putih, tangkuban perahu dah tak sempat, plus takda duit dah hahha) So syurga shopping kat Bandung ni namanya Cihampelas Walk. So macam2 jual kat sini, nk beli tshirt tulis bandung tu lagi la berlambak, siap boleh try lagi semua, cuma korang kena pandai cari mana yang murah. Bagi aku kan, nk banding dengan Jalan Malioboro kan, malioboro lagi best kot, sebab yg jual kt sana semua mcm penjaja2 tepi2 jalan, yg kat cihampelas ni pulak macam deret kedai panjang2, memang banyak pilihan tapi susah nk nego sebab kedai kan, payah sikit, kalau dapat tu kira rezeki lah tu :) So cihampelas walk ni ada 2 side, satu kedai sepanjang2 jalan tu macam dekat Petaling Street tu, lagi satu dalam mall. Mall dia pun concept panjang ke belakang, kalau kt Malaysia macam dekat JPO takpun GPO(genting) tu lah. So lepas beli baju sehelai, dengan magnet sikit2, aku pun cari tempat nk makan. Then ada satu laluan ni macam jejambat tau atas Cihampelas Street ni, memanng panjang lah, atas tu ada orang jaja2 jugak barang2, tapi time aku sampai tu mostly dh nk tutup, tinggal jual bakso je haahahaa so makan lah bakso panas2 tu after hujan yummmm. Kedai2 kat situ tutup pukul 9, (Malaysia lambat sejam, so logik jugak kt Malaysia pun kedai tutup pukul 10) so masa lepas makan tu tengok semua kedai dh tutup, sebbaik sempat beli souvenier satu dua. Masa otw balik tu sempat beli cap adidas 30kIDR huhu murah tu kira dalam RM10 je. Pastu aku pun gerak balik hostel, oh lupa nk cakap yang Cihampelas Walk ni betul2 belakang hostel Pele Backpacker ni, so jalan kaki 5 minit dah sampai. Sampai2 taktau nk buat apa dah channel tv semua bahasa indon, channel dia sumpah banyak sampai puluh puluh maybe 40 ke 50 camtu, tapi tak faham so kemas2 packing sebab esok 8.30 nak gerak Jakartaaaaaa!!!



so atas cihampelas walk ni ada macam skywalk tapi tinggi jejambat je sepanjang jalan tu



besar gila bebola tu apatah nama dia


view dari atas cihampelas walk 















No comments:

Post a Comment