Sunday, December 31, 2017

DAY 7: LOBSTER TIME!

So harini dah masuk hari ke7 kitorang kat tanah Jawa ni, atau more spesifik hari ke 3 dekat jogjakarta @ Jawa Tengah ni. So untuk aktiviti hari ni, yang paling kitorang tunggu hihihi which is makan lobsterrrrr. Butttt before that kitorang pergi hutan pinus dulu. So kitorang tolak dari hostel pukul 7.30am, then sampai hutan pinus at 8.15am. Hutan pinus ni penuh dengan pokok pine, ala yang tinggi2 tu. So hutan ni bukannya tempat nak hiking penat2 ke, main function untuk hutan ni is for photography. Kalau siapa yang pandai ambik shot tu, mesti best dapat banyak spot.














After that, kitorang pergi sambung dekat satu spot ni apa tah namanya, Rumah Hobbit kot namanya. Rumah hobbit dia bagi aku takda apa sangat, cuma yang best kt area ni rumah kecik2 macam buat dari ranting ke apa cemana tah nk cite tengok ah sendiri gambar ni hahahaha.









Pastuuuuuuuu yassssss kitorang pergi ke Timang Beach!!!! Yes benda paling aku tunggu dekat Jogjakarta ni hahaha. Tak sabar rasanya sebab tengok kt google lawa gillaaaaaaa serius wehh!!! So kitorang sampai dekat pantai timang ni around 1240pm. Actually kitorang tak terus pergi pantai Timang ni, kitorang singgah kat warung lobster dulu haha tak jauh sangat dari pantai timang ni. So bila sampai kat sana, diorang akan bawak ke kolam tempat diorang letak lobster diorang (lobster tu fresh ambik kat pantai Timang tu) and pilih ikut sukahati korang lah nak pilih mana utk makan. Untuk harga aku tak berapa ingat, kitorang dapat 2 pinggan lobster (saiz kecil) and 3 jenis ikan tak silap plus nasi dengan sayur free dalam sejuta rupiah. Then masa kitorang makan tu, ada satu couple ni duduk dekat dengan kitorang, and they're Malaysian too yeahhhh. Diorang sangat peramah weh haha diorang cerita diorang pergi pantai Timang dulu baru makan lobster. Oh lupa nk cerita pantai Timang tu tempat tangkap lobster haha. Couple ni pilih 2 ekor lobster besar gedabak haha serius besar weh jeles tengok hhuhu takpelah kitorang under budget. Then time tengah2 makan tu ada dua lagi group dari Malaysia makan situ jugak wahh riah betul tempat tu.








Dah puas makan2, kitorang naik jeep pergi Pantai Timang tu. Perjalanan dia agak jauh jugak lah, plus berbatu batu. Hah dari bandar sampai ke warung tu, supir kitorang yang bawak, then nk pergi pantai tu baru pilih samaada nk naik jeep ke motor je. Dah lah jalan dia berbatu batu weh haha pastu lalu kawasan kampung bestnyaaaaa. Kalau ada rezeki pergi sana kan, kalau jumpa budak2 kt sana jerit la "om telolet om" haha diorang seronok gila weh :')

Pastu bila sampai sana kan, aku banyak gila jerit woahhhhhh haha weh LAWA GILA NAMATI! Lepas turun dari jeep, supir tu akan bawak ke tempat jeti dia, kat situ korang boleh pilih dua, naik gondola atau naik jambatan, atau tak pergi langsung kat seberang hahha. Geng aku semua dah pergi sana naik gondola. WEH GONDOLA MAHAL DOH HAHAHA aksdjsakldjaldjkajdklas stress nya mahal namati weh. Gondola 200k, jambatan 100k dua2 mahal gila :( dah lah dalam poket aku tinggal 200k tepat tepat. Lepas shoot kat situ dalam 30minit cenggitu, aku pun decide naik gondola tu biaq pi lah mahal haha pikir balik tah tah dah tak datang sini balik kan, so sekali seumur hidup kot so gamble je naik biar jelah poket kosong balik boleh pergi atm lagi hahaha. Perasaan naik gondola? Hm kalau macam aku rasa best camtu jelah, tapi kalau siapa yang gayat + banyak fikir tu, siaplah korang hahaha. Gondola tu dah la daripada kayu, yang tariknya manual pakai orang pulak tu, pastu tali yang guna untuk tarik tu macam tali yang buat ampaian tu weh haha siapa lemah semangat memang habis lah korang haha. Gondola ni fungsi dia untuk nelayan kat sini utk kutip lobster dekat batu yang sebelah situ lah, sebab perangkap2 lobster ni diorang letak kat bawah tu.

So nak cerita dekat atas seketul pulau batu kat sini pulak kan, haha lama gila kitorang kat atas ni, lagi2 aku, nak shoot gambar bagai lah haha. Dia punya sea breeze, sea breeze kat sini memang umph habis lah, dengan bunyi ombak nya, bunyi angin nya weh sedap gilaaaa. Aku first time tengok ombak sekuat tu, lagi2 bila time naik gondola tu kan bukan main kuat lagi. Tengok je pun dah cuak weh, ombak tu berdentum dentum, pastu nampak sangat dalamnya.






















Gondola ni orang tarik manual 



Lama sangat lepak kat sini, kitorang pun balik ke homestay. Kitorang sampai situ pukul 3, kitorang balik pukul 6 dah maghrib dah weh haha dah gelap dah situ. Pastu gerak balik homestay, sampai sana dalam pukul 8.45, aku packing siap2, sebab nak gerak Bandung naik train pulak. So marwan dengan yaya hantar aku pergi stesyen train naik uber, sebab train aku pukul 11. Tapi train malam tu delay sikit, so aku naik pukul 12. And the story begin...
















No comments:

Post a Comment