Sunday, December 31, 2017

DAY 6: LABOUR DAY WAS A GOOD DAY

1 May: Hari Pekerja.

Orang cuti kitorang berjalan haha. So pagi ni kitorang janji dengan supir nk bangun pagi sebab kena jalan jauh tapi biasalah dah nama pun melayu haha sampai ke Indonesia terbawak bawak. So pagi ni ikut iti pergi Kalibiru. Perjalanan dari homestay ke hutan kalibiru ni ambik masa dalam sejam, kitorang tolak pukul 550 sampai sana 645 pagi.  Hutan Kalibiru ni more to hutan photografi, so orang datang sini sebab nk spot baik.

So bila dah sampai kat kaki bukit ni, korang kena bayar pass masuk (takdelah mahal sangat) Itu baru pass masuk, nanti bila naik kat atas kalau nk ambik gambar kt spot2 tertentu atau nk buat aktiviti like flyingfox ke, tu kena bayar lain pulak.

Ok untuk ke atas pulak, korang kena naik bukit sikit, tapi takdelah sampai berpeluh bagai, just naik sikit je. Pastu masa lepas pintu masuk tu, dia ada tunjuk pelan satu bukit tu, which is tempat photography and tempat aktiviti tu lah.




So kitorang semua setuju ambik spot yang natang pelantar dia tu bulat (station berapa tak ingat). FYI pulak, kat setiap station ni pulak ada photographer dia sendiri. Nanti dia akan tanya korang nk guna service diorang tak ambikkan gambar korang, tapi kena bayar berapa tak ingat (quite mahal jugak) then dia akan bagi soft copy kat korang (time kitorang masukkan dalam memory phone). Gambar dia sumpah tiptop weh, tak nyesal guna service diorang, tapi kalau korang nk guna camera sendiri pun boleh jugak mintak diorang tolongkan (even aku suruh snapkan pakai dslr aku), disebabkan time tu pagi lagi, and kitorang dilindungi bayang pokok, so better pakai service dia sebab flash camera dia power (thumbsup). Nah tengok gambar kitorang.








Lepas dah penat2 ambik gambar tu, kitorang pun makan lah indomie kat warung area hutan tu, and time tu tengah tunggu wan nak ambik gambar solo kat station 1. Pastu tetiba nampak anna khayalan (igfemes) haha kk ignore part ni. Indomie kat Indon ni seriusly purrfect gila hahaha kalau makan kat Malaysia tu beza sangat rasa dengan kat sini.

Lepas dah puas dekat Kalibiru ni kitorang pun bertolak ke Pantai Depok. Actually mula2 taktau pun pak supir ni nk bawak ke mana, so kitorang pun ikut jelah, pastu sekali dia bawak ke pasar ikan. Eh? pasar ikan? Baik aku beli ikan kat rumah dkt Malaysia sana kan? Haha tak actually pasar ikan kat sini segar, memang direct dari laut punya. So beli ikan dekat sini, pastu bawak ke restoran, tukang masak tu yang akan settle. Cuma time kitorang datang sini, supir kitorang dah siap2 panggil tukang masak tu datang then tolong pilihkan ikan sekali. Banyak jugak ikan kitorang pilih, yang paling rare aku pilih ikan yu (sebab nk rasa sangat punya pasal haha).

Lepas dah pilih ikan tu, kitorang pun pergi ke warung tempat dia masak tu. Warung tu dekat je dengan pantai depok ni, so sementara tunggu makanan tu masak, kitorang pun jalan2 dekat tepi pantai tu. Apa yang uniknya kat pantai depok ni, pasir dia warna hitam wehhh, pure hitam punya. Ombak dia pun boleh tahan kuat dia, sampai ada sekali tu ombak dia tempias terkena seluar sampai pinggang habis basah T_T Pastu kat tepi2 pantai tu banyak lah warung yg macam tadi tu, pilih ikan sendiri pastu nanti dia masakkan. Then masa tengah jalan2 tu kan, tetiba ternampak ada sekumpulan manusia tu mcm berkerumun kat satu tempat, so kitorang pun macam curious lah apa dia kan, rupanyaaaaaaaaa







nelayan baru bawak naik ikan wehhhhh. Ini real punya life experience weh, nelayan dia tangkap pakai jala je, then bawak naik darat, orang yg tunggu kt pantai tu terus pilih ikan diiorang nak kat atas sampan tu. Siap ada ikan tengah lompat2 nyawa ikan lagi, belut pun ada. Yang hidup sikit2 tu diorang tpaksa ketuk je kasi mati :( Lepas dh puas jalan2 kitorang pun balik ke warung kitorang.

Nasib baik masa kitorang sampai tu dah siap fuhhhhh. Pekena order kelapa muda sejuk pulak tu fuhhh. Banyak weh order serius paling cepat habis sotong masak tepung, and yang paling tak disentuh is ikan yu aku pilih tadi hahahaha. Nampak rare, rasa pun rare lah hahaha nama je yu goreng tepung tapi bau hamis dia kuat gila T_T so conclusionnya kalau nk rasa sangat rasa seketul je jangan beli sekor terus haha.

Lepas dah puas makan tu kan, pukul 2 kitorang terus bergerak Gumuk Pasir. Gumuk Pasir ni kalau kat Malaysia, lebih kurang macam kat Klebang tu, dessert luas ah lebih kurang. So kat sini pun banyak orang datang buat photoshoot. Kitorang dtg sini sebab nak main sandboarding, haha first time main. Tapi kannnnnnn bayangkan lah main sandboarding pukul 2 haha terbakar weh kaki. Awal2 je panas pastu lelama biasa ah sikit, sikit la sikit. Board tu sewa satu je, pastu share la reramai. Mula2 instructor dia akan tunjuk cemana nk main, then pastu korang main sendiri. Before nak slide tu, kena gosok belakang board tu pakai lilin, so that senang nk slide ke bawah nanti. Masa aku main tu kali  ke 3 try baru boleh slide ke bawah sambil berdiri hehe.






Dah puas main sandboarding dengan photoshoot, kitorang sambung pergi ke Pantai Parangritis. Dari Gumuk Pasir ke pantai ni takdelah jauh mana. Mula2 diorang ingat nak takat lalu je, tapi bila dah tengok ombak dengan angin dia kuat, kitorang pun mintak singgah sekejap haha. Fyi pantai ni pun salah satu tempat dalam AADC2 hahaha and pasir kat pantai ni pun warna hitam macam kat pantai depok tadi. Ombak dia punya kuat sampai ada orang main surfing weh kat sini, angin dia bukan main sedap lagi. Pastu kat sini pun ada kuda korang boleh sewa kalau nak jalan2, pastu ada layang2, senang cerita sini tempat tumpuan public jugak, and ramai orang datang time ni, maklumlah hari cuti pekerja kan.






Agak2 dah petang tu, kitorang pun balik sebab nak shopping malam ni hihi. So dari homestay tu naik grab pergi Malioboro, 6 orang naik satu kereta weh haha. Sampai je kat Malioboro street tu, kitorang pun berpecah. Aku pergi cari atm dulu, tu paling penting bila nak shopping ni.

So kat Malioboro street ni, ada macam2 boleh dapat. Kalau nk yg branded boleh masuk dalam  mall, kalau nk cari yg souvenier beli kt sepanjang Malioboro street ni lah. Street food pun banyak sepanjang jalan tu, so kalau time2 tengah shopping tu lapar, boleh lah singggah2 tepi tu kan. Pastu untuk tips2 shopping pulak, korang kena pandai nego, time ni lah nk guna skill nego korang tu. Macam aku, sebab kitorang jalan bertiga, so beli banyak2 dpt la diskaun,  pastu nego lah mcm mana sekalipun sebab diorang ni kalau korang nego diorang mesti boleh kurang punya jangan risau sebab yg jual souvenier kt sini banyak gila so there's a lot of choices out there!






Lepastu aside from shopping, kat Malioboro street ni jugak banyak street musician main kt sepanjang jalan tu. Masa kitorang datang tu, performer yg paling best was a band yg main anklong. serius sedap gila, pastu dengan ada tukang karut kat tengah2 tu, so kalau penat nego2 tu boleh lah singgah dengar lagu kat geng2 street  musician ni.








































No comments:

Post a Comment