Sunday, December 31, 2017

DAY 4: SURABAYA

Hari yang keempat. So untuk harini tak buat banyak sgt aktiviti, since harini punya journey hanya utk bgerak ke Jogjakarta a.k.a Jawa Tengah. Pagi2 tu yaya and the geng breakfast kt warung sebelah hotel, yang aku dengan marwan bekfest kt bilik je. Lepas breakfast, aku dgn Marwan terus shoot pergi Stesyen Tren Gubeng kt Surabaya tu dgn jalan kaki, which is agak jauh, kena lintas traffic light and dalam around 5-10minit jugak la (nk nampak backpackers tegar punya pasal), while yaya and lain2 naik grab pergi stesyen. Then kitorang kumpul dekat sana pkl 8.20, checkin tiket semua, then depart pukul 9.15am.










So dalam train tu ada cafe lah kan, and kitorang pun lepak lah dlm tu makan2 sambil layan view. Oh not to forget lah kan, diorang semua duduk sekali, yg aku ni duduk sorang2 tapi sebelah marwan, then tetiba ada satu couple ni mintak tukar dgn aku, sebab yg laki tu duduk sorang sebelah aku, and that girl duduk sorang kt depan, since muka aku pun nmpk lokal, feeeling simpati tu tinggi ngat :') So pastu aku pun pindah pergi depan, duduk sebelah sorang mbak ni, mbak apa aku lupa. So kitorang pun sembang2, cakap asal dri mana semua, nk pergi mana. Dia cakap dia 1st time nk pergi Jogja ni, umur dia dh dekat 70 lebih x silap, then dia cerita pasal anak dia adik dia but aku dh lupa hehehe. Yang aku x lupa bila dia cerita part dia tinggal dekat Bali once upon time dulu, dia kata Bali tu tempat yg sgt angker, dia siap cerita dia pernah 'dikenakan' dekat sana, dengan siapa wallahualam la aku x ambik tau. Pastu dia cerita pulak pasal dia pernah naik Rinjani, katanya danau kat dalam kawah tu pun angker & mistik. Betullah orang kata kan indonesia ni tak boleh bcakap besar sgt, buat normal je, ingat ye, pergi mana2 pun kan, hormat orang dan budaya tradisi tempat tu cehhhhh tapi tulah kita bila pergi tempat orang ingt sikit kita ni nothing, so jgn cakap besar, sebab ada lagi yang maha besar kat atas tu :) Bukan apa, x silap apa yg diceritakan oleh dia kat aku, mbak tu macam terlepas cakap masa kt danau tu, what happen is dia mcm mengeluh naik sampan tak sampai2 kt darat, pusing2 punya pusing x sampai gak, dari pagi sampai petang, then petang tu baru ada orang perasan something and selamatkan diorang. tu cerita lama punya lah kan. Tau tau jelah aku kan, suka melayan orang, bila mbak tu dh habis cerita baru aku mintak tumpang nk makan kt cafe train tu, that's how we treat the elder k gais :')

Pastu kan, kitorang sampai stesyen Jogja dalam pukul 2.30pm. Sampai sana supir dah tunggu jemput. Supir kami di jogja namanya Mas Sukron. Yes, sukron. Manis namanya, manis tapi berbisa. Hahahahahha awal2 dah buat hal ambik kitorang berenam pakai kereta tak berapa besar (avanza rasanya) as we expect atleast mini van lah kan macam kat bromo ijen haritu. Yaya awal2 dah masam muka hahaha kak syima gak happpy go lucky. Dari stesyen tren tu, kitorang gerak ke tempat stay kitorang, namanya imogen hotel. Masa mula2 masuk agak rasa lain mcm la jugak sebab dia macam rumah banglo besar lama then buat jadi hotel. Kira ada living room semua lah tapi ah cemana nk ckap eh erm hah kt living room tu ada gambar owner dia besar gedabak then mcm suram je erm awal2 je pastu pastu pastu bantai je seronok pulak tinggal situ. Geng perempuan dpt stay kt bilik private, toilet kongsi dgn mat salleh, yang kitorang laki ni kena tinggal kt dorm ada dalam 5 katil double decker camtu tak silap, tapi masa kitorang stay 4 hari kt sini just kitorang je yg tinggal kt dorm ni so memang enjoy lah ruang besar pulak tu. Dah settle check in semua so masing2 pun barai lah nak rehat atas katil rasa nikmat baring atas katil tu.

Then that evening tu pkl 6 after maghrib tu kitorang gerak ke alun2 kidul. Maghrib sini kan around 5-6 so masa kat sini kena cepatkan la. Alun2 kidul ni distance between hotel kitorang dgn tmpt ni dlm 15min jalan je, hihi so x yah nk naik grab or uber bagai since dekat je kan. Hah, apa yang best kat alun2 kidul ni? Alun2 kidul ni like one of the main attraction kt jogja ni. Apa yg best? Masa 1st time datang ohhhhhh camni rupanya tempat ni. Kat sini ada kereta/beca yg lampu2 tu (kt Malaysia aku pernah tengok Melaka kot ntah lah) , dia macam satu dataran, and ada jalan keliling dia, then tengah2 tu ada 2 pokok besar, hah ni japlagi aku cite. Pastu sekeliling dataran tu penuh dengan warung2, so korang kalau beli nk makan kat warung boleh, nk bawak makan style picnic kt padang tengah2 tu pun boleh jugak. Dah la perut aku lapar gila time ni, pastu ada ternampak satu aiskrim unik, aiskrim apa namanya lupa, di buat dari taik minyak kelapa tak silap aku (rasa camtu lah lebih kurang). Dah penat, kitorang pergi makan kt warung tepi2 tu pulak. Makan kat sini semuanya duduk bersila, so order2 apa yg patut, kitorang pun makan. Pastu tetiba ada 2 guys ni dtg nyanyi kt kitorang, aku buat dek je lah, then marwan bagi tips (sorry busy makan), suara diorang boleh tahan lah, ala2 tegar hahaha.

Then pastu semua tetiba nk rasa naik kereta berlampu tu, maka dengan itu kami berenam pun menaiki kereta ini seperti kanak2 riang/kak syima :') Dah lah bayar mahal pastu dapat pusing satu round je pastu jam pulak tu wkkwk sedih weh hahah. Ok settle bab makan, so sekarang nk cite pasal pokok besar 2 batang kt tengah tu. FYI lah kan, pokok tu memang dari dulu lagi ada kt situ, so sesiapa yang lalu and lepas pokok tu, dikatakan lah kan dikatakan hidup korang akan senang, tak berliku, and hajat mudah tercapai, tapi ada syaratnya, korang kena tutup mata pakai kain and lalu kat tengah2 tu. Mula2 aku cam erm x yah la kot, then diorang ajak, katanya sekali seumur hidup kan, so why not kan? :) and the result? liza sorang je 1 out of 6 yang lepas sampai hujung yang lain semua ke laut langgar kiri kanan siap ada langgar orang lagi hahahahaha.





Dah settle main benda alah ni, kitorang pun balik pkl 9.30. But before that, singgah makan sate dulu kat tepi jalan. Banyak betul makan sorry lah kalau tak makan tu namanya bukan halim lah hahahaha, pastu dah settle kitorang nk gerak tetiba hujan lebat, kat sini ada orang tu buat hal lagi, siapa lagi kalau tak bukan kak syima lah siapa lagi hahaha orang tengah teduh kt kedai tepi jalan yg dia ni ntah mana tah perginya, nasib baik lepas hujan tu kitorang dpt jumpa dia balik haihhh. Then balik lepak2 atas katil tiduuuurrrr la apalagi.

*end of day 4*








No comments:

Post a Comment