Sunday, December 31, 2017

DAY 3: IJEN CRATER, LAND OF BLUEFIRE NATION

Sambung dari entri sebelum ni, dapat katil? Sorry lah katil pun tak function haahaha sebab malam ni pukul 1.30 dah kena bangun, so macam malam before ni, tak tidur lah maksudnya hihihihi. 3 hari tak cukup tidur, 3 hari :')

So hari ketiga kat tanah Indon ni, pukul 1.30pagi dah bangun awal2 sebab nk gerak ke kawah ijen, masa bangun tu agak gelabah sikit lah sebab tengok mat salleh semua dh bangun jugak. Homestay situ provide breakfast which is roti, telur and some tea/ coffee, i drank some coffee and terus siap2 masuk van. Pastu sampai kaki kawah ijen tu around 2.15, aku terus shoot toilet, yelah bayangkan dh 3 hari tak poop poop nasib baik last sekali dpt jugak before naik ijen ni kalau sakit perut kt atas tu lagi la payah nanti pulak kan. Naik ijen ni kena ada guide, guide kitorang time ni is Pak Bodos. So kitorang hike slow2, luckily aku siap2 pakai kasut hiking dari Malaysia, dah standby awal2, so dah naik sikit kitorang pecah 2 group, yg fast furious shoot je terus sebab ramai gila yg naik ijen time tu, so aku marwan dgn yaya naik dulu sebab nk kejar sunrise dengan nk tengok bluefire yg ada 2 je kat dunia ni, and lagi 3 orang naik sekali dgn pak bodos.

Masa otw naik tu, seriusly MasyaAllah, 1st time in my life nampak milky way with my own eyes. I thought milky way ni kt certain tempat je ada, etc rinjani ke merapi ke, rupanya alhamdulillah dapat jugak tengok milky way kat kawah ijen ni :) sorry lah tak de gambar sebab tak reti setting camera nk snap milky way, tapi seriusly tengok dengan mata sendiri u'll be amazed with His creation :)

Oh lupa nak cakap hiking ijen dalam 3 jam untuk sampai ke crater tu, and naik sini wajib pakai gas mask, sebab concentration sulphur kat sana tinggi sangat. Aku start pakai mask tu dlam 3/4 journey, and seriusly bau dia kuat sangat. Masa kitorang naik tu, ada sorang mamat indon ni nk jual mask, kitorang ckp la kan dah ada, sekali rupanya dia bisu :( so kitorang tunjuk sign banyak kali jelah yg kitorang dh ada mask. Fuhh serius beb pakai mask ni nk nafas pun payah, dahlah dengan penatnya, lagi la bnyk nafasnya. And lagi satu, kalau nk dtg sini jgn lupa bawak headlamp, WAJIB haha since kitorang x bawak, sibbaik marwan standby bawak satu dr malaysia. Pastu lagi satu, kalau korang penat sangat lah kan contohnya, boleh naik teksi/beca (lupa nama indonnya) kat lereng2 track tu, korang bayar diorang, and diorang akan bawak naik sampai atas tu, aku ada nampak sekali tu diorang pintas masa tu, dalam 3 orang tarik sekali satu beca tu sampai atas, and bayaran dia memang mahal la cite dia sebab naik bukit kan, and aku tak berapa ingat berapa utk satu journey tu tapi for sure mahal jugak lah.

Naik punya naik, last sekali sampai pun dekat viewpoint bluefire tu. Kat situ agak crowded lahh ramai sangat kot berkumpul. Rest sat, take a breath, pastu usha2 bluefire tu, dah la x nampak, jauh kot. Pastu tetiba terdengar suara orang Malaysia, eh mestilah kena tegur kan hehehe. Aku pun tanyalah kenapa jauh, x leh turun bawah kt tempat burning tu sendiri ke? Pastu dia cakap sebenarnya dalam minggu lepas ada eruption/explosion something like that kt bawah tu, and sulphur level kt situ overexposed, so x open utk public :( Serius weh time tu agak kecewa lah kan, sebab dtang dari jauh ingat nk tengok one of the world wonder, yelah bayangkan lah volcano lain lava keluar warna merah, tapi ni warna biru huhuhu. Bila tanya orang kt situ, katanya dalam sebulan lagi maybe boleh turun bawah kot. hmmmmmmmm sedih gila rasa macam nk repeat lagi je huhuhu. Fyi guys, api tu actually process burning of sulphur tu, i'm not very expert to explain that part but i'll try my best. Sulphur asal dekat volcano tu akan terbakar since dia ada low melting point, and dia terbakar 24hour 7days, cuma bluefire ni boleh nampak time malam je since , yelah zzzz api kalau nk jelas ofcourse time malam jeeeee. Tak tak actually camni, kan volcano tu panas, and sulphur tu got low melting point, so senang terbakar, bila time terbakar tu, dia akan melt, bila dah cair, miner2 ni akan tuang kat pipe kot(wiki) and bila dia dh sejuk, tu yang jadi warna kuning tu. Fyi kan guys, huhuhu miner2 ni angkat 75-80kg everyday suphur2 yg diorang mine dari sini ke bawah. Boleh bayangkan tak 3 jam hike untuk ambik sulphur, pastu mine and turun balik, untuk dijual. 80KG WEH 80KG. Aku bnasib baik tserempak dengan salah sorang local miner kt situ, sembang2 sikit pasal suphur, pastu try angkat sulphur fresh dalam bakul dia. WEH SUMPAH HAHA TAK TERANGKAT SERIUSLY HAHAHAHA. kuat gila diorang ni huhuu 80kg weh.

So this is how it'll looks like kalau boleh turun bawah tu

So bila dah puas tengok bluefire yang sama2 dari jauh tu  (nampak la jugak api biru tu sikit2), kitorang pun proceed la, since tunggu lagi 3 orang tak sampai2 lagi, so kitorang decide utk proceed je sambung hike. Dari situ, agak clueless sebab taktau nk pergi mana, and hiker yg lalu situ beberapa org je, ah lantak ah jalan je lah asal ada track kat depan tu hahahaha. Pastu tanya orang kt situ, nk pergi mana sebenarnya, oh rupanya nk pergi sunrise view point rupanya. Jalan punya jalan, hari pun dah naik cerah. Then suddenly i saw a beautiful ray came from side of a mountain. YAASSSSS!!!! There's the sunlight, terus aku lari nak cari viewpoint lawa. Track kat situ agak sempit, kira2 muat untuk sorang je, makin jauh makin rancak aku lari sebab nk snap sunrise punya pasal. Suddenly, I saw a group of people. YAAAAASSSSS finallllllyyyyyyyyy, bukan takat viewpoint weh, tapi the best volcano crater ever i've ever seeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

So macam biasa, setting camera, wait for the beautiful sunrise to go out. BEAUTIFUL. the only word i can describe it. So kat sini tak banyak buat apa, just banyak shoot pic of sunrise and the great crater.














Pastu dah puas photoshoot bagai, kitorang pun turun lah downhill. Masa tengah2 turun tu, sempat la beli souvenier sulphur dari salah sorang miner kat situ, yang si Marwan dok sembang lama dengan dia, pastu turun lagi, singgah warung kt tengah2 track tu, makan maggi panas dengan kopi hitam pehhhhh terbaik bohhhh. Tengah sejuk2 kt gunung pastu pekena lak kopi panas cam ni hah pergi dia *thumbs up. Then sambung turun, jumpa kat shima. Guess what, dia jalan tak pakai kasut hahahahahahahahahahahah. Kenapa dia bkaki ayam sebab kaki dia melecet tulah haduh buat hal naik gunung pakai kasut converse kuning dia tu hahhahahaahaha ikut kau leee kak shima oi acah2 kental sangat. Sampai kaki bukit balik around 8.30am.













teksi bawak orang naik atas tu

bakul angkat sulphur













maggie after a great hike is so umphhh










Dari situ, kitorang shoot pulak ke hotspring dalam pukul 9.15, taklah jauh mana. Air kt situ panas maybe dari volcano kat situ kot. Pastu pak bajar bawak kitorang treck sikit ke waterfall kt dalam tu, and dia tunjukkan ada 2 stream kat situ, satu stream air panas, lagi satu stream air sejuk, and at 1 point bergabung meletup how beautiful is that right :) Dah puas waterfall, patah balik pergi kolam hotspring kat situ, hotspring tu kira dari stream yg panas tadi la. Kat situ ada 2 kolam, satu yang panas, satu lagi bapak panas. yang bapak panas tu masuk kaki terus masak jadi macam udang hahaha. Masa nak mandi tu ada 3 orang mat salleh (2babes 1guy), dari Russia katanya, tapi skrg tengah tinggal kt Bali for what purpose i'm not really sure about it. Hahaha aku pun main henjut je lah mandi dengan diorang, paham2 lah kan mat salleh. Dengan tak bawak baju lebih haha bantai jelah nak sedapkan badan lepas hiking punya pasal.




Settle mandi hotspring, kitorang pun balik la homestay. Sampai2 homestay diorang provide lunch pulak pehhhhhhhh. Nasi jagung, ikantuna, ayam goreng, tempe dgn telur dadar gentle sedap. Then around 3pm kitorang siap2 and going back to Surabaya byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee Ijen and Bromooooooooooo.

Kitorang sampai kat Surabaya around 9pm, so perjalanan dari Ijen direct ke Surabaya dalam 5-6 jam jugaklah. So dlm masa 6 jam ni aku tidur + bangun kejap utk makan kt warung. Warung makan time ni ingat lagi kitorang makan duduk bersila dkt pondok, macam bnyk la pondok, so boleh nak duduk memana, pekenaa pulak kopi hitam dia pehhhh. Pejam celik pejam celik sampai pun kitorang kat hotelku surabaya, normal suite hotel lah. Bila dah sampai check in semua, penat gila bhai, so kena lah keluar cari makanan. Aku dengan Marwan keluar jap kat warung2 jalan depan hotel, so kitorang makan Nasi Goreng Jawa, nak kata sedap tu not bad lah, dia mcm nasi goreng kt Malaysia, cuma bnyk tauge dgn cili hijau seketul seketul dia letak tak potong. So after kenyang buat apa lagi? Tidur laaaaaaaaaaaaa

*end of day 3*





















































No comments:

Post a Comment