Sunday, December 31, 2017

Day 10: AMAZING RACE IN JAKARTA


Yes, hari ke sepuluh, esok nak balik Malaysia!!!!

Tapi lekluh, banyak lagi benda tak settle time ni. Pagi tu aku pun kemas2 nak gerak ke Jakarta pulak, my very last destination of this journey. So pagi tu lepas siap2 checkout, order grab motor pergi stesyen keretapi then gerak Jakarta pakai tiket yg dh beli dekat mesin dekat Indomaret before ni (Indomaret a.k.a 7E Indonesia).



So jarak masa between Jakarta ke Bandung is about 2 ke 3 jam lebih, not so far so that's why orang2 jakarta yg nk release stress pergi Bandung time weekend. So aku sampai around 11.30am camtu, so apalagi sampai sana mesti lapar la kan sebab tak breakfast langsung pagi tadi. So aku decide nk makan kt satu restoran kt stesyen ni dia mcm KFC wannabe tapi versi Indonesia, hah nama restoran dia CFC (set meal dia ayam krispy mcm KFC tu then plus sebungkus nasi, in Indonesia nasi is life nasi is perfection lol).

yang wrapped tu nasi bukan burger haha

Lepas having a lunch tu pun dalam pukul 12 lebih, so aku ingat dah boleh lah kot nak gerak embassy time tu, sekali astagaaaaaaaaaaa baru ingat harini hari jumaat, so orang pergi solat jumaat patut lah macam ramai jalan ramai2 tadi. Pastu aku try lah call uber dengan grab banyak kali, sekali tengok semua kena deny, aku pun pelik ah. Tunggu teksi pun tak masuk2 jugak stesyen tu, mana tah semua. Punyalah panic aku time tu dekat 2 jam tak dapat transport, tanya local kenapa, semua cakap sebab time tu ada demo after solat jumaat. Demo apa aku tak sure, tapi about muslim things lah, and all road dekat jakarta ni kebanyakannya ditutup, sebab nak bagi laluan kat demo, which in results grab ke uber ke teksi ke takleh masuk stesyen tu, so no wonder semua request aku kena deny.

Sumpah panic gila time tu tak dapat transport, so aku pusing satu stesyen tu cari transport, cari punya cari dapat pun jumpa ojek2 tepi jalan. Aku pun tanya lah boleh ke hantar, dia kata susah sikit mas, kalini naik ojek haram je takyah pakai apps. Then aku tanya lah berapa harga, dia cakap 90k bisa gak mas? aku fikir2 balik ah bantai jelah dah desperate gila time tu punya pasal. So dia pun bawak lah aku terus gerak embassy malaysia kat jakarta tu, time ride tu gila ah bapak ramai diorang punya demo, rider ni pun bawak potong2 jalan, pastu lawan arus sikit2, then sampai, aku pun impress power rider ni lantak ah asal sampai.

tak sempat singgah sempat ambik gambar pun cukup :')

jalan penuh

Sampai kat embassy dalam pukul 3 lebih, terus aku rush ke guard tu. Tunggu punya tunggu, dapat pun masuk jugak, aku cakap lah hilang passport bagai, lepas letak barang kat guard dapat pun masuk office. Lepas masuk je office cerita lah dengan simpatinya dekat pegawai yang jaga tu, oh pegawai dia orang Indonesia, cuma pengarah/boss dia ada orang Malaysia, aku pun cerita lah kat puan tu. Nasib ada tinggal lesen time tu, so senang la sikit nk identify identity aku. Lepastu tunjuk pulak police report kt diorang, sekaliiiiiiiiii diorang cakap police report ni tak boleh guna. Ya Allah aku time tu rasa nak menangis seriously. Then diorang cakap kena buat police report baru sebab report police kt stesyen tu tak valid (kat Malaysia macam kau report kat auxiliary police, padahal kena report kat balai polis official/ IPD). So time tu aku panic gila tengok jam, diorang kata goverment punya service kat Indon ni tutup pukul 4 (sejam awal dari Malaysia sebab diorang start kerja pukul 7). Aku pun merayu lah kat diorang tak boleh ke skip, diorang kata tak boleh, sebab tu procedure diorang, so nak taknak kena jugak pergi nearest police station buat report polis official yang baru. Pastu diorang cakap diorang sanggup tutup kaunter lambat sikit untuk aku punya pasal, sebab kalau tak settle harini jugak, memang takkan dapat balik Malaysia. (flight aku esoknya which is sabtu, and pegawai kerajaan cuti hari sabtu).

dalam embassy Malaysia

So aku keluar dari embassy tu pukul 3.45pm, keluar je dari situ terus lari cari ojek, dapat je ojek terus suruh pecut pergi balai polis paling dekat, ojek ni boleh tahan gak dia lalu celah2 rumah orang tuptup terus jumpa balai. So pergi balai buat report baru bagai, patah balik pergi embassy. Jilake ojek ni pun pandai dia markup aku sampai 50k  dia mintak padahal dekat je, tapi ah lantak lah takda masa nk nego lagi. Masuk embassy balik dalam 4 lebih ya Allah rasa nak menangis lagi sekali time tu huhuhuhuhuhuhuhu. Lepas settle dapatkan emergency passport kat embassy tu, diorang suruh pergi ke bangunan imigrisen pulak. Lepastu aku tanya lah bukak lagi ke, diorang just cakap cuma banyakkan berdoa diorang ada lagi kat office. Kalini kali ketiga nak menangis harini hhuhuhuhu. So bangunan imigrisen dalam 4-5 bangunan selang embassy Malaysia tadi. So aku dengan gigihnya bawak segala bagpack aku yang berat macam bawak dumbell ni lari lari lari pergi ke bangunan imigrisen tu. Boleh bayangkan tak kau lari tengah2 bandar mcm KL bawak beg berat2? macam amazing race kan hahaha.


Sampai je kat bangunan imigrisen dalam 4.30pm, terus jumpa guard. Pastu guard kata dah tutup, aku pun apalagi dengan mulut yang mengah2nya baru habis lari terus melutut kat situ try contact orang atas. Dia pun try call orang atas, kata ada emergency orang Malaysia, tunggu punya tunggu dapat pun dia bawak naik atas settle imigrisen Indonesia pulak. Time aku pergi tu memang office pun dah tutup lampu semua, tinggal pegawai yang panggil aku tadi dengan penolong dia, aku dapat jumpa dia pun dah kira bersyukur habis dah. Lepastu dia pun interview lah sikit, aku pun cerita lah apa yang berlaku semua, dengan muka sedihnya. Lepas sembang2, penolong dia tu pun dah siap photostatkan and pegawai tu pulak cop. Dah dapat semua tu tetiba. jeng jeng jeng, dengan pandangan mata yang tajam dan senyuman setannya yang agak sinis, tetiba "so everything is done right here, so u can go back to Malaysia tomorrow, tapi ada duit kopinya gituuu" haram betul pegawai kerajaan dia ni, patut lah orang kata sini corruption tinggi. Dia pun mintak kat aku 200k, 100 untuk dia 100 lagi untuk penolong dia tu, sebab dah tolong settelkan luar waktu kerja. Masa dengar dia mintak tu gigil jugak lah dah la banyak gila 200k tu, tadi kat embassy dh kena bayar around 150k, tapi tu takpelah memang kena bayar utk keluarkan passport emergency tu, yang kalini duit kopi mintak anakharam betul. So aku tak fikir panjang bagi jelah duit kat dia time tu, takut kalau tak bagi nanti dia tak lepaskan pulak document aku tu. Tengok poket ya allah betul2 cukup duit tidur malam ni + tambang sampai esok ni. Pastu dah cakap terima kasih dengan tak ikhlasnya dengan senyuman setan dia tu, aku pun blah dari bangunan tu, then tetiba dekat luar bangunan tu ada banner besar tergantung kat atas "Laporkan jika ada korupsi yang berlaku" hhahahahhahahaha aku rasa macam nak report je time tu tapi takpelah dia pun dh korban masa sikit tolong aku haha.

dalam office imigrisen tu hahahahaha



Lepas je keluar dari bangunan tu then terus call grab motor (dekat jakarta semua naik grab motor nak jimat punya pasal biar lah pancit tayar belakang pun sebab beg berat punya pasal). Lepas dapat grab terus bagi direction suruh pergi kat hostel embassy Malaysia. So hostel ni under embassy Malaysia, and semua warga Malaysia boleh tumpang tidur kat sini, aku recommend kalau korang datang Jakarta dari tinggal kat budget hotel baik pergi sini, selesa pun selesa, pastu siap ada guard lagi. So basically yg ramai tinggal kat sini student Malaysia yg study kt Jakarta, tapi time aku datang tu student ada, family pun ada tinggal sini jugak. Aku punya malu + malas nak cerita kisah sedih aku duduk jelah sorang2 dalam bilik tu hahah. Oh before that masa datang awal2 tu aku jumpa lah warden yang jaga asrama ni, then cerita lah dari A sampai Z, pastu dapat pun bayar harga student sebab dkt pasport emergency aku ada tulis yg aku student, so dia pun percaya. So dapat lah tinggal kat sini satu malam for 50kIDR= RM15. Murah kan? Kalau orang normal 100k tak silap aku. Lepas bayar settle apa semua, so masa for rehatkan diri. Chiaow for tomorrow.



living room hostel

lawa pun lawa, murah pun murah 




pantry area





























No comments:

Post a Comment